Langkah-Langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya
Sejak kebelakangan ini, kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Banyak nyawa terkorban dalam tragedi tersebut. Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Antara langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah dengan memberi didikan tentang pengetahuan dan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya kepada murid-murid sejak kecil lagi. Contohnya melalui mata pelajaran PKJR, murid-murid diajar tentang maksud simbol-simbol pada papan keselamatan jalan raya dan langkah-langkah keselamatan yang harus diambil ketika berada di jalan raya. Ini dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga keselamatan jalan raya.
Seterusnya, kita haruslah memupuk amalan mematuhi peraturan jalan raya dalam kalangan murid-murid. Misalnya ketika berbasikal, murid-murid hendaklah mengayuh basikal dalam satu barisan dan tidak bersaing. Ini dapat mengelakkan diri mereka daripada dilanggar oleh kenderaan.
Selain itu, kita hendaklah menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan bertolak ansur. Contohnya para pemandu hendaklah sentiasa berwaspada dan perlahankan kenderaannya ketika melalui kawasan sekolah terutamanya pada waktu sibuk. Pada waktu inilah, kanak-kanak sekolah biasanya akan bersikap cuai dan tergesa-gesa untuk melintas jalan raya. Apabila pemandu perlahankan kenderaannya, maka kanak-kanak sekolah dapat melintas dengan selamat.
Sesungguhnya, setiap pengguna jalan raya hendaklah mengamalkan langkah-langkah keselamatan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku kerana malang tidak berbau. Besarlah harapan kita untuk berganding bahu agar dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
So nice and good essay
ReplyDeletetapi karangan kan kena ada 6 perenggan 1 pendahuluan 4 isi 1 penutup jadikan semua 6 perenggan
ReplyDeleteYe kalau awk tiru dia kenapa awk cakap macm tu
DeleteMy teacher said we can write either 5 or 6 perenggan
DeleteEssay Yang bagus
ReplyDeleteGood essay.
ReplyDeletegood essay
ReplyDeleteNice essay.
ReplyDelete