Sunday, 4 January 2015

cara cara menceriakan sekolah

sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.  Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah  yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai  pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan  untuk menceriakan kawasan sekolah.

Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah  mengadakan program bergotong-royong.  Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah.  Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing.  Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.

Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam  pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar.  Dalam situasi ini,  pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.  Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”  Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah.  Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu.  Melalui aktiviti ini,  setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi.  Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan.  Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin.  Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga  kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program  3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikin  kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan  dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut.  Hal ini akan  memangkinkan semangat pihak sekolah  untuk memastikan program berjaya diadakan.  Sebagai impaknya,  program 3K perlu diadakan di sekolah.
Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

Saturday, 3 January 2015

faedah mengikuti aktiviti pasukan beruniform

          Kokurikulum berobjektif untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi fizikal serta mental. Terdapat pelbagai jenis aktiviti kokurikulum di sekolah, antaranya ialah pasukan unit beruniform sebagai contoh Pengakap, Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Para pelajar seharusnya menyedari kepentingan serta faedah menyertai aktiviti pasukan beruniform.

             Di antara faedah menyertai aktiviti pasukan beruniform ialah kegiatan serta aktiviti yang diadakan dalam pasukan beruniform dapat memupuk sikap disiplin murid yang menyertai aktiviti tersebut. Hal ini demikian kerana apabila pelajar menyertai pasukan beruniform, pelajar tersebut perlulah mematuhi kepada peraturan serta arahan yang telah ditetapkan. Perkara ini akan dipraktikkan dan secara tidak langsung sikap tersebut akan kekal dalam diri pelajar.

           Kita juga dapat menimba ilmu pengetahuan apabila menyertai akitiviti pasukan beruniform. Pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang dipelajari akan menjadikan pengetahuan tersebut lebih mendalam serta lebih meluas. Pegetahuan tersebut juga akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kita dapat mengetahui langkah-langkah yang berkesan untuk membantu oseseorang yang mengalami kecederaan. Apabila berlaku situasi begitu, kita akan cuba membantu mangsa tersebut.

          Selain itu, kegiatan dalam aktiviti pasukan beruniform dapat mengeratkan hubungan di antara para pelajar dengan guru. Hal ini demikian kerana lazimnya, pasukan beruniform sering mengadakan aktiviti seperti berkhemah, berkhelah serta ekspedisi di dalam hutan. Semangat kerjasama secara tidak langsung dapat dipupuk ibarat aur dengan tebing.Selain sikap kerjasama, sikap tabah, berani serta gigih juga dapat diterpkan.

         Menyertai aktiviti pasukan beruniform dapat mengelakkan kita daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Kita dapat memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pasukan. Aktiviti ini sunguh bermanfaat. Kita juga dapat dihindari daripada terjebak dengan gejala sosial yang sering menjadikan kita walang.Sebagai contoh, kita dapat bergaul dengan rakan sebaya yang dapat memupuk nilai murni dalam diri.

       Intihanya, sudah ternyata bahawa menyertai pasukan aktiviti beruniform dapat memberikan banyak faedah. Tidak ada pembaziran atau apa sahaja yang negatif akan berlaku apabila menyertai aktiviti pasukan beruniform. Ingat, usia yang muda hanyalah sekali dan manfaatkanlah ia sebaik mungkin.ukan beruniform.

             Di antara faedah menyertai aktiviti pasukan beruniform ialah kegiatan serta aktiviti yang diadakan dalam pasukan beruniform dapat memupuk sikap disiplin murid yang menyertai aktiviti tersebut. Hal ini demikian kerana apabila pelajar menyertai pasukan beruniform, pelajar tersebut perlulah mematuhi kepada peraturan serta arahan yang telah ditetapkan. Perkara ini akan dipraktikkan dan secara tidak langsung sikap tersebut akan kekal dalam diri pelajar.

           Kita juga dapat menimba ilmu pengetahuan apabila menyertai akitiviti pasukan beruniform. Pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang dipelajari akan menjadikan pengetahuan tersebut lebih mendalam serta lebih meluas. Pegetahuan tersebut juga akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kita dapat mengetahui langkah-langkah yang berkesan untuk membantu oseseorang yang mengalami kecederaan. Apabila berlaku situasi begitu, kita akan cuba membantu mangsa tersebut.

          Selain itu, kegiatan dalam aktiviti pasukan beruniform dapat mengeratkan hubungan di antara para pelajar dengan guru. Hal ini demikian kerana lazimnya, pasukan beruniform sering mengadakan aktiviti seperti berkhemah, berkhelah serta ekspedisi di dalam hutan. Semangat kerjasama secara tidak langsung dapat dipupuk ibarat aur dengan tebing.Selain sikap kerjasama, sikap tabah, berani serta gigih juga dapat diterpkan.

         Menyertai aktiviti pasukan beruniform dapat mengelakkan kita daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Kita dapat memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pasukan. Aktiviti ini sunguh bermanfaat. Kita juga dapat dihindari daripada terjebak dengan gejala sosial yang sering menjadikan kita walang.Sebagai contoh, kita dapat bergaul dengan rakan sebaya yang dapat memupuk nilai murni dalam diri.

       Intihanya, sudah ternyata bahawa menyertai pasukan aktiviti beruniform dapat memberikan banyak faedah. Tidak ada pembaziran atau apa sahaja yang negatif akan berlaku apabila menyertai aktiviti pasukan beruniform. Ingat, usia yang muda hanyalah sekali dan manfaatkanlah ia sebaik mungkin.

Cara-cara menulis karangan

karangan Berformat

1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan

B. Karangan Tidak Berformat

1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7. Karangan Jenis Peribahasa

TUJUAN ANDA MENGARANG

1. menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
4. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

PANDUAN MENGARANG / MENULIS


Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup

A. PENGENALAN

   Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

B. Isi

   Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan.Setiap isi perlu dikembangkan/dihuraikan dan ada contoh/bukti. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.

Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Tip
Antara kaedah mencari isi

Kaedah I ( pertanyaan ) Kaedah II ( peta minda ) Apa ?
Siapa ?
Bila ?
Mengapa ?
Di mana ?
Bagaimana ?

C. Penutup

Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS

1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

a. Memilih tajuk atau soalan 

- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ………………
Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )

Tip

Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.

b. Menyusun rangka karangan

- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang

c. Menulis karangan

- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dahulu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.

( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup

- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

d. Menyemak karangan

- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

a. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
b. 5 minit mencari isi
c. 20 minit menulis karangan
d. 5 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minit

Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang berikutnya pula.

Tip

Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.

Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?

Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh :

Contoh A ( dicadangkan )

"Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.

Contoh B ( mengelirukan )

"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.

 PETUA APABILA MENULIS KARANGAN

• Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
• Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.
• Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
• Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
• Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
• Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

Gunakanlah segala tips-tips ini dengan baik semasa membuat karangan anda. Skor A+ sememangnya amat mudah jika anda faham apa yang anda perlu karangkan.

biografi

            Setiap manusia mempunyai seseorang tokoh yang amat dikagumi.Ia termasuklah tokoh politik atau tokoh-tokoh pejuang negara.Bagi diri saya tokoh pemimpin yang amat saya kagumi ialah TUN DR.MAHATHIRBIN MOHAMAD,bekas perdana menteri                                                                                      Beliau dilahirkan pada tahun 1924.mendapat pendidikan awal di sekolah melayu,sebarang perak dan kemudianya melanjutkan pelajaran di maktab sultan abdul halim,alor setar,kedah.Pada tahun 1947,beliau menlanjutkan pengajaran ke universiti malaya dalam bidang perubatan sehingga tahun 1953.                     Beliau sangat berminat di dalam porlitik.disebabkan kebolehannya yang agar istimewa,beliau telah dipilih menjadi ahli perlimen kota setar selatan pada tahun 1964.bermula dari sini bintang politiknya terus bersinar.                                                                                                                                                                     Selepas allahyarham tun hussein onn meletakkan jawatan sebagai perdana menteri melaysia yang ke 3,pada 18 julai 1981,Tun Dr.Mahathir Mohamad telah dilantik secara rasmi menjadi perdana menteri malaysia ke 4.                                                                                                                                                           Semasa pemerintahannya banyak jasa-jasa yang telah beliau curahkan.Antaranya pembinaan jambatan pulau pinang,pengeluaran kereta nasional proton dan motosikal negara iaitu kri,projek msc,dan lain lain lagi.                                                                                                                                                                      Harapan saya semoga tun akan lebih cermerlang untuk menjadi pernasihat ke arah menjadikan negara ini sebuah negara waju walaupun beliau tidak lagi menjadi permimpin